Wednesday, July 21, 2010

Destinasiku

Memilih selekoh paling tajam,
Menyusur lorong paling panjang,
Bertemu jalan paling gelap,
Meredah liku paling sukar,
Hanya untuk tersesat di simpang paling akhir.

Tersungkur menyoal pada diri,
Masih cerahkah mata yang melihat?
Masih waraskah akal yang menghitung?
Masih berdegupkah hati yang merasa?
Atau masih tetap dipencaturan yang sama?

Mengapa di sini destinasinya?
Mungkinkah kerana ini memang takdirnya?
Masih butuh tersasar walau berkali-kali mencuba!

No comments:

Post a Comment